Baca juga:
- Program Selangor Saring : Bantuan Pengesanan Awal Penyakit
- Jom Mohon Bantuan Kasih Bangsa Johor i-BERKAT
Senarai Kandungan
Kadar Bantuan:
Berikut merupakan kadar bantuan yang ditawarkan:
- Sekolah Berasrama Penuh: RM500.00.
- Sijil: RM500.00.
- Matrikulasi/ Asasi/ A-Level: RM500.00.
- Diploma: RM750.00.
- Ijazah Sarjana Muda: RM1,000.00.
- Sarjana (Master): RM1,000.00.
- Doktor Falsafah (PhD): RM1,000.00.
Syarat Permohonan:
Berikut adalah syarat-syarat permohonan:
- Pemohon mestilah seorang anak kelahiran negeri Terengganu.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah telah mendaftar sebagai pemilih di dun negeri Terengganu.
- Ibu/bapa/penjaga pemohon yang bukan daripada rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapatkan surat pengesahan daripada majikan/wakil rakyat/penghulu mukim/ketua kampung.
- Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan, diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kursus pengajian sepenuh masa serta pemohon tidak bekerja.Program/Kursus Latihan Kemahiran tidak layak memohon bantuan persediaan.
- Tempoh Pengajian hendaklah tidak kurang dari SATU TAHUN.
- Pemohon mestilah berumur antara 25 hingga 30 tahun.
- Setiap pemohon hanya layak memohon SEKALI sahaja bagi setiap peringkat pengajian.
Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah permohonan:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal Yayasan Terengganu
Langkah 2: Pilih permohonan baharu.
Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar permohonan selewat-lewatnya SEBULAN dari tarikh pendaftaran rasmi ke IPT (surat tawaran).
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Yayasan Terengganu atau hubungi di talian +609 622 1733.
Disclaimers – Semua yang admin share diatas sekadar tutorial dan rujukan yang related dengan “Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu Sehingga RM1,000” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.