Bantuan Perniagaan Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat Berjumlah RM2,700


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). JKM ada menyediakan Bantuan Geran Pelancaran (GP) untuk kumpulan sasar JKM memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan bantuan tunai selain bantuan daripara Kerajaan melalui Bantuan Perniagaan Mara.

Dalam bajet 2022, kerajaan telah menaikkan syarat kelayakan kebajikan daripada RM980 kepada RM1,169. Oleh itu, jika anda mempunyai pendapatan RM1,169 ke bawah, anda boleh menikmati skim-skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Salah satu daripada skim tersebut adalah Geran Pelancaran. Jika anda bergaji bawah RM1,169 dan ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan, ini peluang yang baik untuk anda.

Ikuti perkongsian lanjut  untuk maklumat lanjut.

Tujuan Bantuan:

Tujuan bantuan ini diperkenalkan oleh JKM adalah untuk:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Kadar Bantuan:

Bantuan  akan diberikan kepada individu yang berkelayakan maksimum RM2,700 secara one-off.

Senarai Bantuan JKM:

Berikut adalah senarai bantuan bulanan JKM yang anda boleh mohon sekiranya layak:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    – Bantuan RM200 sebulan setiap anak (Maksimum RM1,000)
  • Bantuan Am Persekutuan
    – RM100 sebulan
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
    – RM500 sebulan
  • Elaun Pekerja Cacat
    – RM400 sebulan
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja
    – RM250 sebulan
  • Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar
    – RM350 sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara
    – RM250 sebulan

Kesemua bentuk bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Anda boleh semak syarat-syarat kelayakan bagi setiap bantuan JKM di pautan berikut:

Syarat Kelayakan:

  • Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
  • Jika bukan penerima bantuan sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
  • Sekiranya layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan.

Syarat Permohonan:

Permohonan bantuan Geran Pelancaran JKM dibuka kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Kumpulan sasar JKM.
  • Penerima bulanan JKM.
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Prosedur Permohonan:

Berikut merupakan 2 langkah untuk menghantar borang permohonan.

  1. Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran.
  2. Buat permohonan secara online melalui Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan *(eBantuanJKM)*.

Pemohon dinasihatkan untuk hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat untuk maklumat lebih terperinci.

Pegawai kebajikan masyarakat akan menjalankan siasatan sebelum mana-mana bentuk bantuan dipertimbangkan kepada pemohon.


Maklumat Lanjut:

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi ibu pejabat JKM di talian 03-8000 8000 atau layari laman sesawang  Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Bantuan Perniagaan Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat Berjumlah RM2,700” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia