Bantuan Perkahwinan Terengganu Walimatul Urus Perdana


Berita Baik! Kerajaan negeri Terengganu telah mewujudkan program WalimatulUrus Perdana khas buat rakyat Terengganu yang memerlukan bantuan perkahwinan.

Objektif Program


  • Membantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.
  • Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.
  • Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.
    Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.
  • Merupakan satu bentuk bantuan melaui slogan “Dari Kerajaan Kepada Rakyat” yang diberikan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.

Faedah Kepada Peserta

  1. 1 set persalinan pakaian akad nikah (lelaki & Perempuan)
  2. Cenderahati berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM 1,000.00
  3. Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.
  4. Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.
  5. Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
  6. Jemputan jamuan khas pengatin (keluarga terdekat) seramai 50 orang.
  7. Cenderahati untuk tetamu yang hadir.

Syarat Kelayakan

Pasangan yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi kriteria syarat kelayakan di bawah:

  1. Pasangan atau seorang daripadanya adalah rakyat Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan pasangan berumur 18 tahun keatas.
  3. Perkahwinan pertama bagi pasangan.
  4. Tiada rekod jenayah, tiada masalah kesihatan seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
  5. Pendapatan pemohon dan pasangan adalah RM 3,000.00 kebawah.
  6. Mendapat restu kedua-dua ibubapa.

Baca Juga: Bantuan Kahwin Mengikut Negeri 2022

Maklumat Lanjut

Hubungi talian 09-624 9355 atau layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3