- 987shares
- Telegram
- Facebook Messenger
Baca juga:
- Minta ‘Transfer’ RM3000, Rizalman Terkejut ‘Scammer’ Menyamar Jadi Raja Permaisuri Agong
- “Kami sedang berusaha menghalalkan hubungan ini,”- Jelas Sherry Ibrahim
Kadar Bantuan:
Bantuan wang tunai bernilai RM1000 dalam bentuk cek (atas nama calon).
Syarat Kelayakan:
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Pemohon mestilah seorang rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).
- Pemohon mestilah telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
- Perkahwinan kali pertama (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja).
- Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM700 sebulan.
- Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan yang layak dibantu (mengikut budi bicara kerajaan negeri).
- Bantuan ini boleh dimohon oleh salah seorang sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.
Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Pemohon hendaklah mendapatkan borang di lokasi berikut:
- Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim.
- Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau muat turun daripada website Urusetia.
- Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO .
- Muat turun daripada facebook Gerbang Az-Ziwaaj.
Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
Langkah 3: Hantar permohonan.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang facebook Gerbang Az-Ziwwaj.