Program bantuan perkahwinan di Selangor diberikan khas kepada pasangan yang baru berkahwin.
Bantuan atau insentif kewangan diberikan di bawah program Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS).
Nilai insentif yang diberikan adalah RM 300 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri – tertakluk kepada yang menepati syarat layak program IGEMS).
Pemberian melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM 300 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *Penerima perlu hadir ke bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk sijil simpanan premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.
Tujuan pemberian adlah untuk kos melangsungkan perkahwinan sememangnya tidak murah dan diharapkan dengan pemberian insentif sagu hati ini dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pasangan baru berkahwin.
Baca juga:
- Bantuan Peralatan Perniagaan RM10,000 MAIM Untuk Asnaf, Fakir & Miskin 2022
- Sah Bercerai , Tegar Akui Hubungan Dengan Isteri Bermasalah
Syarat Permohonan:
Berikut adalah syarat-syarat permohonan:
- Pemohon mestilah membuat pendaftaran secara atas talian (online) sahaja.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah kelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri Selangor.
- Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Negeri Selangor).
- Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat.
- Pemohon mestilah telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat.
- Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat.
- Pemohon mestilah berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat.
Syarat Kelayakan Insentif RM300:
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:
- Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali mesti memenuhi syarat Permohonan iGems.
- Mereka WAJIB hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri).
- Hadir dan menamatkan modul kursus yang dilaksanakan.
Cara Permohonan:
Berikut adlah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang IGEMS.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Hantar permohonan.
Langkah 4: Semak permohonan anda.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang IGEMS.