Bantuan Peralatan Perniagaan RM10,000 MAIM Untuk Asnaf, Fakir & Miskin 2022


Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM khas untuk Asnaf, Fakir & Miskin

Jumlah bantuan ini adalah dari RM500 hingga RM10,000 disediakan untuk pemohon yang layak.

Tarikh Permohonan


Dibuka sepanjang tahun

Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Melaka tidak kurang dari (2) dua tahun dan masih menetap di Melaka
  • Merupakan asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka
  • Pendapatan kurang / tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIM

Dokumen Yang di Perlukan

  • Borang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM)
  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia
  • Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktif
  • Pengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan)
  • Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif)
  • Sebut Harga Alat Perniagaan
  • Dokumen Sokongan
  • Gambar Perniagaan / Produk Jualan
  • Kertas Kerja Perniagaan
  • Rekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar)

Baca juga: Bantuan Motosikal Perkhidmatan Penghantaran

Cara Mohon

  1. Dapatkan borang di Pusat Islam Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM
  2. Sila isi borang permohonan dan lengkapkan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan dokumen sokongan.
  3. Hantar permohonan ke Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM

SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,
Badan Sukarelawan Al-Taqwa
No B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,
Bukit Baru 75150 Melaka

Maklumat Lanjut


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3