Bantuan PENJAJA (Selangor Prihatin) 7 Jun Tutup Mohon Cepat

Dalam Selangor Prihatin yang diumukan oleh Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besarnya, ada bantuan untuk penjaja sebanyak RM500 secara one-off anda boleh mohon dibawah pakej rangsangan tersebut.

Dengan bantuan tersebut sedikit sebanyak dakat meringankan beban penjaja di sekitar Selangor khasnya dalam tempoh wabak ini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Jun 2020. Bagi yang belum mohon sila buat permohonan segera sebelum tarikh tutup.

Syarat Permohonan Bantuan Penjaja Selangor

Berikut kami kongsikan syarat yang perlu anda sebelum mebuat permohonan, jika anda lengkap dengan syarat yang dinyatakan boleh buat permohonan.

  • Ada lesen/permit sah tahun 2020 sebagai penjaja/peniaga kecil dibawah peruntukan undang-undang kecil penjaja pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Selangor yang dah lulus sehingga 20 Mac 2020
  • Setiap penjaja/ peniaga kecil hanya layak memohon sekali sahaja walaupun mempunyai lebih
    dari 1 lesen/ permit dari PBT/ Majlis yang berbeza.

Cara Mohon Bantuan

  • Pemohonan hendaklah dilaksanakan atas talian (online) di www.selangorprihatin.com bermula 8 April 2020 dan tutup 7 Jun 2020
  • Setiap permohonan akan menggunakan nombor Kad Pengenalan.
  • Sistem akan reject manamana nombor Kad Pengenalan yang telah digunakan sebagai permohonan lengkap.
  • Pemohon yang layak hendaklah mengisi maklumat peribadi termasuk akaun bank.
    Maklumat pemohon (pemilik lesen/ permit) dan maklumat bank hendaklah individu sama.

Semak Kelayakan Anda

  • Macam mana nak semak sama ada kita layak ke tidak?  anda boleh buat semakan menerusi Semakan Kelayakan Bantuan Penjaja
  • Jika tiada dalam penkalan data selangor prihatin sila hubungi talian Khidmat Pelanggan di 1-800-22-6600 untuk menyemak status nama anda.  layari laman “Contact Us Selangor Prihatin” dan anda boleh mengemukakan soalan anda di sana.

Bila Dapat RM500 Tu Kalau Semua Dah LULUS?

  • RM500 tersebut akan dikreditkan ke akaun bank pemohon selepas 14 hari bekerja dari tarikh anda mohon terserbut.

Faq

Soalan :  Saya pernah diluluskan lesen/ permit sebagai penjaja/ peniaga kecil di bawah Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor sebelum ini namun saya tidak memperbaharui lesen/
permit tersebut pada tahun 2020, adakah saya layak?

Jawapan : Tidak layak. Hanya lesen/ permit yang sah tahun 2020 sahaja layak.

Soalan : Sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, saya melaksanakan perniagaan sebagai
penjaja/ peniaga kecil tetapi saya tidak mempunyai lesen/ permit, adakah saya layak?

Jawapan : Tidak layak

Lagi FAQ boleh rujuk –> FAQ RM500 Untuk Penjaja/Peniaga Kecil

Maklumat Lanut

Sumber Asal : amirudinshari.com & selangor prihatin

Categories Bantuan

Leave a Comment