Home » Bantuan » Permohonan Bantuan Penjaja, Peniaga Kecil & Pasar Awam Berlesen RM300 One-Off 2021 (MBI)

Permohonan Bantuan Penjaja, Peniaga Kecil & Pasar Awam Berlesen RM300 One-Off 2021 (MBI)

BANTUAN ONE OFF PENJAJA ,PENIAGA KECIL DAN PASAR AWAM BERLESEN DI BAWAH MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)

Pada 2 Jun 2021  yang lalu Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pandemik Covid 19.

Antara inisiatif di bawah pakej ini adalah Bantuan One-Off untuk penjaja dan peniaga kecil yang berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh dengan bantuan berjumlah RM300 bagi setiap pemegang lesen.

Portal Malaysia ingin berkongsi lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Tujuan Bantuan Peniaga, Penjaja Kecil & Pasar Awam Berlesen MBI

Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.

Baca juga: Cara Mencarum KWSP Sendiri Selepas Berhenti Kerja. Lihat Caranya!

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Syarat Kelayakan Umum

Semua penjaja & peniaga kecil yang yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh layak memohon & boleh mula menyemak kelayakan di laman web MBI.

Tarikh Permohonan & Semakan

Semakan dan permohonan boleh dibuat bermula tarikh 7 Ogos 2021 (Sabtu) hingga 30 September 2021.

Baca juga: Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA RM180 Sebulan

Cara Permohonan Bantuan Peniaga Kecil, Penjaja & Pasar Awam MBI

  • Mereka yang layak dan memenuhi syarat perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan iaitu Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Penyata Bank/ Buku Bank yang aktif bagi agihan bantuan dapat dibuat secara atas talian.
  • Semua permohonan perlu mempunyai sijil penjaja & pasar dsripada MBI (tidak perlu sijil SSM).
  • Lesen penjaja adalah untuk semua kategori lesen seperti medan selera, lesen penjaja bergerak, pasar malam, pasar pagi, tapak penjaja, pasar pagi FAMA, memory lane dan sebagainya.

Maklumat Lanjut

Penafian – Bahan artikel admin kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Permohonan Bantuan Penjaja, Peniaga Kecil & Pasar Awam Berlesen RM300 One-Off 2021 (MBI)” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!