Untuk Makluman! Keluarga yang menjaga Orang Kurang Upaya (OKU) telantar akibat sakit, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT).
Penerima yang layak menerima BPT ini akan menerima bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM500 seorang.
Senarai Kandungan
Syarat Kelayakan
Pemohon yang ingin memohon BPT perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/pesakit terlantar/pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
- Pendapatan bulanan isi rumah pemohon tidak melebihi RM3,000; atau
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).
Baca juga: Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan berikut perlu dibawa bersama ke pejabat JKM iaitu:
- Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Surat atau memo pengesahan dari hospital atau klinik kesihatan (kerajaan/swasta) atau pegawai JKM yang menunjukkan yang dijaga adalah terdiri daripada OKU yang terlantar atau pesakit terlantar atau sakit kronik.
- Salah satu bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/Astro (bagi pengesahan alamat).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan BPT, ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun borang-borang berikut:
- Sila isi dengan lengkap dan betul.
- Bawa borang-borang tersebut beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan BPT, sila hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.
Disclaimers – Bahan yang kami share diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) Dapat RM500 Seorang” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.
Related Posts
- Senarai Bantuan Khas Untuk Ibu Tunggal & Surirumah
- BKM Tambahan Fasa 2 | Tambahan Sehingga RM100 untuk Isi Rumah & Bujang
- BKM Bujang Fasa 2 – Berapa Yang Anda Akan Dapat?
- Semakan BKM 2022 : BKM Fasa 2 Tarikh Rasmi & Semakan Status
- Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan – Mohon Untuk Ibu Bapa (Borang Permohonan)