Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Home Bantuan

Cara Mohon Bantuan Rm1500-RM5000 Pengusaha Taska – JKM

portalmalaysia by portalmalaysia
October 21, 2020
in Bantuan
Reading Time: 3min read
0
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan sudah berakhir dan banyak industri perniagaan sudah mula beroperasi seperti biasa, manakala bagi institusi pendidikan dan sekolah terpaksa menunggu lebih lama untuk beroperasi semula.

Berikutan dengan pengumuman Menteri Pelajaran Malaysia semua pusat pendidikan sudah bersedia untuk beroperasi. Oleh itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan Bantuan Khas kepada Pengusaha TASKA sebanyak RM1500-RM5000

ArtikelBerkaitan

Tarikh Jadual Bayaran i Lestari KWSP Mac 2021 – Jadual Baru

Semakan BPR Bantuan Prihatin Rakyat. BPR Fasa 1 Dah Masuk!

Surat Rasmi – Contoh Format Surat Yang Betul 2021

Bantuan Pengusaha Taska

Anda boleh baca maklumat dibawah dan perkongsian tentang cara memohon Bantuan Pengusaha Taska di bawah :

Kategori Taska Yang Layak 

Jika anda adalah seorang pengusaha TASKA dan ingin tahu sama ada anda layak membuat permohonan untuk bantuan ini atau tidak, sila pastikan TASKA anda adalah termasuk dalam kategori di bawah, kategori ini adalah berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1884 [Akta 308] :

📚TASKA Institusi 
➠Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
➠Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

📚TASKA di Tempat Kerja 
➠Menerima 10 ornag kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
➠Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

📚TASKA di Rumah
➠Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
➠Dijalankan di kediaman sendiri

Syarat Kriteria

Terdapat dua kriteria pertimbangan pemberian bantuan khas ini adalah seperti berikut :

✅TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984[Akta 308] akan dipertimbangkan

✅TASKA yang sedang dalam proses untuk didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarat di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] akan dipertimbangkan, DENGAN SYARAT mengemukan permohonan pendaftaran TASKA kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan sebelum 30 Ogos 2020

Dokumen Diperlukan Bagi TASKA Institusi dan TASKA di Tempat Kerja

TASKA Institusi dan TASKA di Tempat Kerja yang sedang dalam proses untuk didaftarkan hendaklah mengemukakan dokumen seperti dibawah :

🗂Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau

🗂Salinan Sijil Jabatan Pendaftaran pertubuhan Malaysia (ROS) dan

🗂Dokumen yang mengesahkan TASKA telah mengemukan permohonan sokongan kepada agensi teknikal, iaitu :

✔️Pihak Berkuasa Tempatan

✔️Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

✔️Pejabat Kesihatan Daerah

✔️Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak Sahaja)

Dokumen Diperlukan Bagi TASKA di Rumah

Dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan TASKA di Rumah dalam proses untuk didaftarkan ialalah TASKA di Rumah ini hendaklah mengemukakan dokumen seperti di bawah

🗂Mengesahkan pengusaha TASKA sedang atau ambil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA

Cara Buat Permohonan

Jika anda seorang pengusaha TASKA atau dalam proses untuk didaftarkan, dibawah adalah cara-cara untuk membuat permohonan bagi bantuan khas ini :

📝Pengusaha TASKA boleh mendapatkan senarai semak permohonan daripada laman web JKM atau download borang ini atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian / Cawangan yang berdekatan

📝Pengusaha juga perlu membuat kemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NDCC)

📝Pengusaha perlu kemukan dokumen sokongan seperti dinyatakan dalam senarai semak ke pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan / Bahagian / Cawangan yang terdekat

Kadar Bayaran Batuan Khas ini

Kadar bayaran khas ini akan diberikan berdasarkan kategori TASKA tersebut, berikut adalah kadar bantuan khas yang akan diperolehi oleh sesebuah TASKA :

🔖Kategori TASKA di rumah

💰Kadar Bantuan adalah sebanyak RM1,500 bagi sesebuah TASKA

🔖Kategori TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Institusi

💰Kadar Bantuan adalah sebanyak RM5,000 bagi sesebuah TASKA

Bolehkah pengusaha TASKA yang mempunyai lebih daripada sebuah TASKA memohon peruntukan di bawah bantuan khas ini?

BOLEH. Sekiranya pengusaha mempunyai lebih daripada satu buah TASKA, pengusaha boleh memohon dengan syarat mematuhi semua senarai semak yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah cara penyaluran peruntukan bantuan khas ini?

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan khas yang diluluskan menerusi pindahan wang secara elektronik (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh berhubung perkara ini dengan :

📍Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah / Jajahan  / Bahagian yang berdekatan

☎️Hubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996

📲Talian Kasih 15999/ Whatsapp Talian Kasih 019-2615999

Sumber Asal : Bantuan Taska JKM

Penafian – Bahan yang portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan dan rujukan artikel berkaitan dengan “Cara Mohon Bantuan Rm1500-RM5000 Pengusaha Taska – JKM” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result
  • Portal Rasmi
  • KWSP
  • Isu Semasa
  • Techcentral
  • Bantuan
  • Agama
  • Diabetes
  • Tempat Menarik
  • KL Summit
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2021
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • ptdm41
  • rv
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • 0shares
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger