Home » Bantuan » Bantuan Pemandu Bas Ekspres APAD RM500 PEMERKASA+ Oktober 2021

Bantuan Pemandu Bas Ekspres APAD RM500 PEMERKASA+ Oktober 2021

Bantuan Pemandu Bas Ekspres RM500 PEMERKASA+

Bantuan Khas PEMERKASA+ Pemandu Bas Ekspres (one-off RM500) kini dibuka bagi proses pendaftaran pemandu dari pihak syarikat.

Portal ini dibuka dari 27 September sehingga 10 Oktober 2021, manakala bayaran akan dibuat bermula tarikh 26 Oktober 2021.

Portal Malaysia ingin kongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Pemandu Bas Ekspres PEMERKASA+.

Apakah Bantuan Khas Pemandu Bas Ekspres PEMERKASA+ ‘One Off’ APAD?

Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan/atau lesen/permit kenderaan bas ekspres yang sah, dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak, layak memohon bantuan berkenaan.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Syarat Permohonan / Kriteria Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemandu berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres & mempunyai caruman PERKESO yang masih sah, di mana caruman PERKESO adalah dilaksanakan oleh pihak syarikat / pengusaha bas ekspres.
  3. Pemandu bas ekspres mempunyai lesen Vokasional yang sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan lesen vokasional yang telah diberikan oleh MOT sepanjang tahun 2021.
  4. Hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan / atau lesen / permit kenderaan bas ekspres yang sah dengan APAD atau LPKP Negeri Saba / Sarawak yang layak memohon
  5. Bantuan ini hanya akan diberikan kepada pemandu bas ekspres yang tidak menerima sebarang bantuan sebagai pemandu bas sekolah, bas pelancongan, e-hailing atau teksi sebelum ini.

Baca juga: BKC Fasa 2: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Tarikh Bayaran

Bayaran akan dibuat kepada penerima yang layak bermula tarikh 26 Oktober 2021.

 

 

Cara Permohonan

Syarikat diminta untuk melayari link ini http://bantuan.apad.gov.my untuk pendaftaran bantuan PEMERKASA+ bagi pemandu bas ekspres.

Baca juga: Jadual Jangkaan Masuk Duit BPR Fasa 3 – Semak BSN, Maybank, CIMB

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, emelkan ke [email protected]

ATAU

Boleh layari http://bantuan.apad.gov.my atau laman sosial Facebook Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan dan rujukan ringkasan yang related dengan “Bantuan Pemandu Bas Ekspres APAD RM500 PEMERKASA+ Oktober 2021” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes