Bantuan Payung Rahmah Bantu Kos Sara Hidup B40


Kerajaan akan memperkenalkan program Payung Rahmah bagi membantu golongan B40 bersedia menghadapi isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius pada tahun ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, program itu adalah langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan itu dalam tempoh enam bulan ini, dengan ia dijangka dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Dalam pada itu, kerajaan telah menetapkan beberapa pelan jangka pendek, sederhana, dan panjang dalam mendepani isu kos sara hidup rakyat.

Ianya termasuk program Payung Rahmah iaitu program jangka pendek yang perlu dilaksanakan dahulu dengan segera sebagai persediaan membantu beban ditanggung rakyat terjejas dalam menghadapi isu kos sara hidup.

“Selain program Payung Rahmah, Menteri di Jabatan Perdana (Ekonomi), Mohd Rafizi Ramli sedang menyiapkan pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang sebagai strategi menyediakan negara mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini.

“Di samping itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sentiasa diadakan dari masa ke semasa sekali gus membuktikan betapa serius kerajaan mahu mendepani isu kos sara hidup dihadapi rakyat,” katanya.

Bantuan Payung Rahmah


Payung Rahmah Kasih Sayang adalah inisiatif berfokus selama 6 bulan untuk mengurangkan beban sara hidup golongan B40 & miskin tegar.

4 Jenis Bantuan


  1. Bakul Rahmah – Pemberian bakul makanan yang akan diberikan pada setiap bulan.
  2. Barangan Rahmah – pakej 10 barangan asas yang dijual pada harga lebih rendah untuk golongan B40.
  3. Kafe Rahmah – Khusus bgai pelajar Universiti
  4. Jualan Murah Rahmah

Maklumat Lanjut & Permohonan Bantuan


Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3