Bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Kepada Keluarga Malaysia B40


Tahun lalu Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media bahawa kerajaan akan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19 sebagai persediaan di era endemik COVID-19.

Inisiatif ini adalah untuk memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR. Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan.

Baca juga:

Tujuan Pakej Penjagaan Covid:

Berikut merupakan tujuan pakej ini dibuat adalah:

  1. Untuk memastikan diri dan keluarga bebas daripada jangkitan Covid-19.
  2. Untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan iis rumah.
  3. Untuk melatih diri membudayakan norma baharu.

Pakej Penjagaan Covid (PPC):

Berikut merupakan senarai barang yang ada di dalam pakej PPC ini:

  • 4 unit pelitup muka guna semula.
  • 4 unit Kit ujian kendiri COVID-19.
  • 1 unit pulse oximeter.
  • 1 unit  termometer.
  • 1 unit risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

Syarat Penerima Pakej Penjagaan Covid:

Berikut adalah syarat-syarat untuk layak menerima pakej ini:

  1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
  2. Isi rumah B40.
  3. Sudah berkahwin.
  4. Ibu tunggal / Bapa tunggal.

Kenyataan Media:

Berikut merupakan kenyataan media oleh Kerajaan Malaysia berkenaan Pakej Penjagaan Covid-19, sila rujuk dokumen dibawah:

KENYATAAN-MEDIA-PAKEJ-PENJAGAAN-COVID-19


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut akan dikongsikan dalam artikel seterusnya.

Penafian – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Kepada Keluarga Malaysia B40” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia