Seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2021, bantuan untuk OKU juga disediakan bagi membantu dan memudahkan mereka menjalani kehidupan harian. Pelbagai bantuan yang telah disediakan dalam belanjawan 2021 untuk OKU dan jumlah bantuan telah dinaikkan bagi menjaga serta memelihara kebajikan OKU. Antara senarai bantuan untuk OKU dalam belanjawan 2021 adalah seperti :
👩🦼Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
➠Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada 250 kepada 300 ringgit.
👵Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik
➠Kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada 350 kepada 500 ringgit.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
👨🦯Elaun Pekerja OKU
➠Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada 400 kepada 450 ringgit.
💼Insentif Majikan
➠Majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU, penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan.
🏠Saguhati Sukarelawan dan Klien (Program Khidmat Bantu Di Rumah)
➠Kerajaan akan terus menjaga kebajikan golongan warga emas dan OKU melalui Program Khidmat Bantu di Rumah. Sehubungan itu, nilai saguhati kepada sukarelawan di bawah program ini akan dinaikkan daripada 150 kepada maksimum 400 ringgit.
➠Manakala, nilai saguhati kepada klien program turut dinaikkan daripada 30 kepada 80 ringgit. Kenaikan ini dijangka memanfaatkan lebih 2,000 sukarelawan dan lebih 8,000 warga emas dan OKU.
💸Pelepasan Cukai Tambahan Bagi Pasangan OKU
➠Bagi membantu mereka yang mempunyai pasangan OKU, Kerajaan mengumumkan had pelepasan cukai tambahan bagi pasangan OKU akan dinaikkan daripada 3,500 kepada 5,000 ringgit.
🚴♂️Agenda Nasional Malaysia Sihat & Program MyFit, Hari Sukan Negara dan Program Inspire bagi komuniti OKU
➠Kerajaan akan memperuntukkan 19 juta ringgit bagi melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat bertujuan memantapkan amalan gaya hidup sihat demi mengurangkan risiko menghidapi penyakit diabetes, hipertensi dan obesiti.
➠Sebanyak 28 juta ringgit juga disediakan bagi melaksanakan program MyFit, Hari Sukan Negara dan Program Inspire bagi komuniti OKU.
💳Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had
➠Pas perjalanan bulanan tanpa had dengan harga 5 ringgit akan diperkenalkan untuk pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan OKU. Mereka boleh menggunakan pas ini bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom.
💰Agenda Pembangunan Negara
➠Kerajaan berhasrat bekerjasama dengan NGO dan perusahaan sosial atau social enterprise dalam agenda pembangunan negara.
➠Sebagai contoh, melalui konsep geran padanan, Kerajaan bersama-sama dengan Yayasan Hasanah telah membiayai inisiatif seperti penjanaan pendapatan terutamanya bagi golongan terjejas semasa COVID-19 ini.
➠Antara inisiatif yang dibiayai termasuk menjahit pelitup muka oleh masyarakat asal Sarawak di bawah Tanoti, projek pemerkasaan Orang Asli di Hulu Selangor oleh EPIC Society dan inisiatif keusahawanan OKU oleh Komuniti Belia Selangor (SAY).