Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Bantuan Musim Tengkujuh RM800

by Kina
September 12, 2023
in Bantuan
A A

Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) 2023 telahpun dibuka daripada 15 Jun 2023 hingga 15 September 2023.

Di bawah BMT 2023, peruntukan keseluruhan sebanyak RM256 juta telah diluluskan dalam Bajet 2023 dan program ini memberi manfaat kepada 232,427 orang pekebun kecil getah yang berdaftar di bawah RISDA dan 86,323 pekebun kecil getah di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dengan nilai RM 800.00 seorang.

Senarai Kandungan

  • Syarat Kelayakan
    • Pekebun Kecil RISDA
    • Penoreh Bukan Pemilik
  • Cara Permohonan Baru
    • Secara Online
    • Secara Manual
  • Tarikh Bayaran Bantuan
  • Cara Semakan
  • Maklumat Lanjut

Syarat Kelayakan


Pekebun Kecil RISDA


  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon ialah pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Pemohon mempunyai tanah berkeluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar.
  4. Pemohon merupakan pemilik tanah yang sah.
  5. Satu Lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.
  6. Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima sekali sahaja.
Lihat Juga  Senarai Tempat Bayaran Tunai Duit Fasa 2 Dan 3 BSH, Dan BPN, BKSS Untuk Penerima Dari Pendalaman Sarawak

Penoreh Bukan Pemilik


  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Pemohon menoreh di lot keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar.
  4. Pemohon mendapat pengesahan pemilik tanah yang sah.
  5. Pemohon mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G).
  6. Satu Lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.
  7. Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.

Cara Permohonan Baru


Secara Online


Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA melalui pautan berikut: https://pekebunkecil.risda.gov.my/ 

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Untuk penerima BMT 2022 yang lepas, sila log masuk seperti biasa. Untuk pemohon baru, sila klik “Permohonan Baru BMT 2023” dan daftar akaun.

Lihat Juga  Tarikh Jadual Bayaran Bank BKM Fasa 4 | Semak Sini Sekarang

Secara Manual


Selain permohonan secara dalam talian, anda juga boleh memohon secara manual di mana-mana Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

Anda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan. Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan.

Para pemohon BMT pekebun kecil RISDA hendaklah melengkapkan Borang BMT beserta dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon (asal dan salinan).
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) (jika ada).
  • Geran tanah (asal dan salinan).
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif.

Bagi para pemohon BMT penoreh bukan pemilik pula perlu melengkapkan Borang BMT beserta dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon (asal dan salinan).
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) (jika ada).
  • Geran tanah (asal dan salinan).
  • Salinan Kad PAT-G.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
Lihat Juga  Empat Orang Anak Maksimum, Bawah 18 Tahun, Boleh Dapat BSH RM480

Rujuk panduan membuat temujanji Pejabat RISDA melalui infografik di bawah:

Bantuan Musim Tengkujuh RM800 1

Tarikh Bayaran Bantuan


Bantuan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:

  • November 2023 – RM200
  • Disember 2023 – RM200
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200

Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Nombor akaun bagi Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk bayaran bantuan.

Cara Semakan


Semakan kelulusan memalui pautan ini: https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/ 

Ataupun hubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Maklumat Lanjut


  • Hotline BMT 03-4251 0171 atau hubungi Pejabat RISDA berhampiran anda.
  • Emel : [email protected]
  • Laman web RISDA: https://www.risda.gov.my/

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola Sepak
  • Tempat Menarik
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 1shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 1shares
  • 1
  • 0
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×