Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM300 Dikreditkan Pada Bulan Ini ~ Mohon Kali Terakhir Disini !!


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Salah satunya ialah Bantuan Musim Tengjuh (BMT).

Bantuan ini diperkenalkan di bawah Bajet 2022 melalui RISDA. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan BMT!


Semak juga : (TERKINI) Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Dibenarkan Bermula Disember ~ Semak Sekarang!

 

Tahukah anda pekebun kecil layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dikawal selia oleh RISDA? Untuk makluman, peruntukan sebanyak RM190 juta telah diberikan kepada penerima BMT melalui Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022.

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari
  • pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi
  • Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Pembayaran BMT

BMT akan dibayar dalam dua fasa iaitu pada November dan Disember 2022. Setiap fasa akan melibatkan bayaran keseluruhan RM300 dengan jumlah RM600.

Mengenai kaedah pembayaran, ia akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.


Bagaimanapun, nombor akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk tujuan pembayaran bantuan ini.

Maklumat lengkap berkenaan BMT boleh dirujuk DI SINI, manakala semakan kelulusan pula boleh dibuat secara atas talian DI SINI.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3