Bantuan Motosikal Perkhidmatan Penghantaran #BIZRIDER300

Berita Baik! Peluang pekerjaan di dalam sektor penghantaran menerusi inisiatif yang diperkenalkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan dan Pelaburan Sabah (SEDIA) iaitu #BIZRIDER300.

Penerima inisiatif ini akan menerima bantuan motosikal dan penerima adalah terhad kepada 300 pemohon sahaja.

Bantuan Motosikal Perkhidmatan Penghantaran #BIZRIDER300 1

Syarat Kelayakan


Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  • Belia di Negeri Sabah berumur 18 hingga 40 tahun.
  • Bermastautin di Negeri Sabah.
  • Bumiputera Sabah dan golongan B40 adalah diutamakan.
  • Lesen penuh B2 dan lesen P layak untuk memohon.
  • Pemohon mestilah mempunyai rekod bersih dari aspek kesihatan, jenayah, dan JPJ.
  • Kakitangan SEDIA dan ahli keluarga terdekatnya (ahli keluarga terdekat bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat, bapa kandung atau bapa angkat, ibu mertua, bapa mertua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara) tidak layak untuk memohon.

Pemohon yang berminat memohon inisiatif #BIZRIDER300 boleh membuat permohonan secara online sebelum 28 Jun 2022.

Cara Mohon


Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Sila layari pautan berikut >> KLIK DISINI
  2. Boleh Masukkan email dan klik pada butang ‘Next.’
  3. Sila Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  4. Klik pada butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Baca juga: Bantuan RM1,000 Untuk Rider, Ibu Tunggal Dan Penganggur

Info Lanjut


Boleh layari Facebook SEDIA di pautan https://www.facebook.com/SEDIASabah.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3