Dalam Pakej PEMULIH yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, isi rumah miskin tegar akan menerima Bantuan Miskin Tegar sebanyak RM500 selama 3 bulan bermula Ogos 2021.
Bantuan Khas CV19 (BKC) ini akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, warga emas & bujang di seluruh Malaysia.
Maksud Kategori Miskin Tegar
Apakah Maksud Miskin Tegar? Golongan miskin tegar adalah individu yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang daripada PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan) iaitu RM500.00 & pendapatan perkapita adalah RM100.00. – Sumber Penang.Gov
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Miskin tegar juga termasuk dalam golongan rentan, iaitu golongan yang terdedah kepada risiko kemiskinan, keselamatan & kesihatan di Malaysia.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Permohonan Bantuan Miskin Tegar
Bantuan Miskin Tegar ini adalah terkandung dalam Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
Oleh itu, anda tidak perlu membuat permohonan, kerana kelayakan anda adalah berdasarkan data-data yang sudah ada di dalam Permohonan BPR 2021.
Jika anda pernah terima BPR 2021 sebelum ini, dan tergolongan dalam miskin tegar, anda layak untuk dapat bantuan miskin tegar ini secara automatik.
Untuk kemudahan anda, sila daftar juga nama anda dalam sistem JKM dan ekasih.
Kadar Bantuan Miskin Tegar
Pm Muhyiddin berkata, miskin tegar yang kategori isi rumah akan dapat RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember 2021.
Jumlah kesuluruhan untuk kadar bantuan miskin tegar isi rumah adalah sebanyak RM1,300.00.
Untuk miskin tegar kategori bujang & warga emas pula, anda akan dapat RM200 pada bulan Ogos, dan RM300 pada bulan Novomber.
Jumlah kesuluruhan untuk kadar bantuan miskin tegar bujang & warga emas adalah sebanyak RM500.
Semakan Permohonan Miskin Tegar
Kaedah semakan & tarikh rasmi bantuan akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Nantikan.
Apakah itu miskin tegar?
Miskin tegar adalah mereka yang tergolong dalam golongan rentan. Berpendapatan bawah PGK.
Berapakah nilai bantuan miskin tegar?
Golongan isi rumah miskin tegar akan dapat RM1300, manakala golongan bujang & warga emas miskin tegar akan dapat RM500.
Bagaimanakah kaedah pembayaran bantuan ini?
Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan dalam permohonan BPR 2021.
Maklumat Lanjut
Info lanjut mengenai bantuan ini, sila layari website :