Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT


Penduduk MBIP anda kini boleh mohon bantuan melanjutkan pelajaran ke IPT melalui tajaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri

Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP)

YPIP sebelum ini dikenali sebagai Yayasan Penyayang MPJBT adalah sebuah badan di bawah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (sebelum ini Majlis Perbandarah Johor Bahru Tengah (MPJBT)). Ditubuhkan pada Mac 2015 bagi mengisi keperluan membantu golongan kurang berkemampuan di sekitar kawasan Iskandar Puteri.

Tarikh Tutup

Permohonan hendaklah di buat sebelum atau selewatnya pada 22 September 2022


Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon Adalah Warganegara Yang Tinggal Dalam Kawasan MBIP.
  • Kemasukan Pengajian Ke Semester Pertama Di Peringkat DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA.
  • Telah Mendapat Surat Tawaran Melanjutkan Pelajaran ke IPT.
  • Lepasan SPM/STAM/STPM.
  • Hanya Terbuka kepada Golongan Yang Berpendapatan Isi Rumah RM 3860.00 Dan Ke Bawah (B40).

Baca Juga: Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2022

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:

  • Salinan surat tawaran ke IPTA/IPTS.
  • Salinan keputusan SPM/STAM/STPM.
  • Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua isi rumah.
  • Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja.

Cara Permohonan

Permohonan untuk bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:


  1. Dapatkan borang permohonan, Imbas QR kod pada poster
  2. Borang permohonan juga boleh di dapatimelalui Pejabat Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (Waktu Pejabat)
  3. Lengkapan maklumat permohonan
  4. Sediakan salinan dokumen yang perlu disertakan.
  5. Hantar borang permohonan ke alamat:

Yayasan Penyayang Iskandar Puteri,
Aras 3, Wisma MBIP,
81300 Skudai,
Johor Darul Takzim.

Maklumat Lanjut

Boleh layari laman web http://www.yayasanpenyayangiskandarputeri.com/.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3