Home » Bantuan » Cara Mohon Bantuan Masuk Sekolah 2022 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Cara Mohon Bantuan Masuk Sekolah 2022 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS): Bantuan Masuk Sekolah 2022

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1.

Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Portal Malaysia ingin berkongsi Bantuan Masuk Sekolah 2022 Tabung Warisan Anak Selangor.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

BELUM DAFTAR AHLI TAWAS ?

Bagi yang belum membuat pendaftaran ahli, anda hendaklah membuat pendaftaran dengan cara yang berikut :

  1. Mendaftar secara online pada pautan yang berikut : TAWAS
  2. Selesai pendaftaran online, sila cetak borang tersebut
  3. Borang pendaftaran bersama dokumen perlu dihantarkan pada alamat yang telah ditetapkan iaitu :
    • Yayasan Warisan Anak Selangor,
      Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
      Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
      Persiaran Kayangan,
      40000 Shah Alam,
      Selangor Darul Ehsan.
  4. Dokumen yang perlu diperlukan ialah :
    • Salinan MyKid dan Sijil Lahir Anak
    • Salinan MyKad Ibu dan Bapa
    • Salinan MyKad Penjaga (jika perlu)
    • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu)
    • Cop Pengesahan Taraf Mastautin (bagi syarat II & III)
    • Surat Pengesahan Penyakit Kronik & Masih Dalam Rawatan (Sekiranya Anak Mempunyai Penyakit Kronik)

Baca juga: SIP Prihatin 2.0 : Bantuan Khas RM300 Elaun Mencari Pekerjaan

Peringatan Penting :

Penghantaran dokumen & borang hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh pendaftaran online yang anda lakukan.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!

Disclaimers – Semua yang kami share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Bantuan Masuk Sekolah 2022 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!