Jangan Lepaskan Peluang INi! Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan Fasa 2 bagi tahun 2022 sudah dibuka.
Syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.
- Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.
- Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.
- Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).
- Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).
- Ibu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.
- Borang pengesahan mestilah dimuat turun menerusi laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
- Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.
Dokumen Sokongan
- Borang pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun >>> https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/surat_akuan_pengeshan_dun_2022.pdf
- Borang Akuan Pengesahan Pendapatan >>> https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/slip_gaji_sah2022.pdf
Tarikh Tutup
Permohonan BSH 2022 (Fasa 2) dibuka bermula dari 7 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.
Baca Juga: Bantuan Tunai One-Off Pendaftaran IPT
Cara Mohon
Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan adalah melalui atas talian (online) di laman web Yayasan Negeri Sembilan.
Maklumat Lanjut
Boleh layari laman web YNS iaitu https://www.yns.gov.my/.