Home » Bantuan » Permohonan Bantuan Kuarantin RM100/Sehari

Permohonan Bantuan Kuarantin RM100/Sehari

Cara Mohon Bantuan Kuarantin RM100 Sehari

NADMA merupakan salah sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat  daripada COVID-19 .

Melalui NADMA ini juga, sekiranya anda pernah dijangkiti ataupun dirawat COVID-19 maka anda boleh memohon bantuan secara one-off melalui NADMA ini.

Portal Malaysia ingin kongsikan kepada anda maklumat untuk memohon bantuan COVID-19 ini.

Kadar Bantuan COVID-19

Bantuan RM100 sehari akan diberikan kepada mereka yag menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COVID-19.

Anda boleh untuk menerima bantuan RM100 sehari sehingga 14 hari (Maksimum)

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Baca juga: eSPKR PPRT: Cara Mohon Program Perumahan Rakyat Termiskin 2021

Syarat Kelayakan

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan
  1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
  • Pemohon Yang Tidak Layak
  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Cara Permohonan

  1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my.
  2. Permohonan yang lengkap perlu dihantar melalui pos ke NADMA di alamat dibawah:

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

52502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A (dokumen asal)
  2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  3. Dokumen KKM (Salinan borang perintah pengawasan dan pemerhatian kontak Covid-19, salinan borang pelepasan daripada pengawsan dan pemerhatian Covid-19, sijil cuti sakit)
  4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen asal)
  5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. (salinan diakui sah)

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap sahaja.

Baca juga: BPR Fasa 3 – Semakan, Tarikh & Bayaran Sehingga RM1400

Maklumat Tambahan

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Permohonan Bantuan Kuarantin RM100/Sehari” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!