Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM1,000 Untuk Penjawat Awam Negeri Akan Dibayar Pada Tahun 2023!

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, Kerajaan Negeri bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada seramai 20,271 penjawat awam negeri dan akan dibayar dalam Januari 2023.

Semak Kelayakan BKM RM500 DISINI :  Bayaran BKM Tambahan RM500 Dikreditkan Bermula December : Semak Kelayakan Anda Sekarang !!

Katanya, bayaran Bantuan Khas ini diharap dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak dan untuk sambutan Tahun Baharu Cina.

Selain itu, Bantuan Khas berjumlah RM500.00 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan juga akan diberikan dan dibayar pada April 2023.

“Dengan insentif ini, saya berharap penjawat awam dapat bekerja dengan cekap dan lebih gigih bagi memastikan kualiti perkhidmatan kepada rakyat dapat ditingkatkan.

“Kerajaan amat prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan penjawat awam, kecekapan penjawat awam dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri tanpa berbelah bahagi amat dihargai,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2023 di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi memperkasakan lagi perkhidmatan awam, agensi Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui pendigitalan bagi mengurangkan proses birokrasi dan meningkatkan kapasiti institusi sektor awam.

“Usaha pembangunan kapasiti perlu dipertingkatkan secara berterusan bagi memastikan penjawat awam mampu menggerakkan dan memacu agenda pembangunan negeri.

“Bagi tujuan ini, sebanyak RM12.83 juta diperuntukkan tahun depan kepada semua Kementerian dan Jabatan bagi Program Pembangunan Sumber Manusia.

“Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan RM7.5 juta untuk pembiayaan biasiswa dan kos latihan kepada pegawai Kerajaan di dalam dan luar negeri,” katanya.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3