KITA Selangor 2.0: Permohonan ANIS Bantuan Khas OKU RM500

Home » Bantuan » KITA Selangor 2.0: Permohonan ANIS Bantuan Khas OKU RM500

Permohonan bantuan khas RM500 untuk orang kelainan upaya (OKU) ANIS

Seperti yang diumumkan menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 bantuan khas OKU dibuka bermula 1 Julai 2021.

Portal Malaysia ingin berkongsi syarat & cara permohonan bantuan ini.

Syarat Kelayakan Bantuan ANIS OKU 2.0

Syarat kelayakan menerima bantuan ini seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas sahaja
  • Pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor
  • OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19
  • Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Selangor ATAU bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Permohonan Bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga
  • Had maksima pendapatan isi rumah RM3,000
kita-selangor-anis-2.0-1024x1018 (1)

Jumlah Bantuan ANIS OKU 2.0

Jumlah had bantuan bagi setiap pemohon adalah berjumlah RM500.00 bersifat one-off bagi setiap permohonan yang berjaya.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan ini sehingga 31 Julai.

Baca juga: Skim Cakna Suri : Bantuan RM100 Secara One-Off

Cara Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang rasmi https://www.anisselangor.com/bantuanOKU
  2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan anda.
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses.
  4. Borang permohonan & dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
    • Penghantaran melalui emel di [email protected] ; ATAU
    • Hantar kepada pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:
      Yayasan Warisan Anak Selangor
      Aras 5,Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
      Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
      Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
      40000 Shah Alam, Selangor.
      Talian Hotline : 03-5481 8800

Baca juga: i-Akaun View Mode: Pendaftaran KWSP Online Ketika PKP

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor
  3. Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya)
  4. Salinan slip gaji terakhir anda.
  5. Atau surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (*Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN / Ahli Parlimen / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)
  6. Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh & nombor akaun sahaja)

Borang permohonan boleh di emelkan ke [email protected]

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.anisselangor.com/bantuanOKU

Hubungi hotline 0182567093 atau 0182356213

Yayasan Warisan Anak Selangor
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share diatas merupakan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “KITA Selangor 2.0: Permohonan ANIS Bantuan Khas OKU RM500” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!