Bantuan Khas JMKM Untuk Pelajar Universiti


Oktober ini, Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) akan diperluaskan di IPTA dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

JMKM Siswa ini akan diperkenalkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertujuan meringankan beban pelajar sempena pembukaan semula universiti selepas cuti semester.

Baca juga:

Menurut Tan Sri Noh Omar, pada permulaan JMKM Siswa akan dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu pertama Oktober sebelum diperluaskan kepada 20 kampus IPTA seluruh Malaysia.

Format pelaksanaan JMKM Siswa adalah sama dengan JMKM sedia ada iaitu jualan dibuat dua hari setiap minggu sehingga 31 Disember ini.

Terdahulu, program JMKM yang bermula pada pertengahan Ogos lepas telah memberi kejayaan kepada rakyat negara ini untuk mendapatkan barangan pada harga lebih murah setiap minggu.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diberi tanggungjawab bagi pelaksanaan JMKM Siswa dengan kerjasama semua pihak seperti Kedai Koperasi, Pusat Keusahawanan di IPT, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Sekadar info, tumpuan jualan barangan seperti Alat tulis, Salinan dokumen, Perkhidmatan cetakan, Tambahan prabayar data telekomunikasi, Buku, dan Makanan.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3