Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka 2022


Berita Baik! Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan insentif kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka.

Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka

Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka (One Off) adalah satu insentif kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban mereka.

Baca Juga: BANTUAN SURI RUMAH & IBU TUNGGAL RM480 2022

Kategori Pemohon


Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kategori :

  1. Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan atau tidak;
  2. Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan untuk bekerja atau banduan; atau
  3. Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah.

Syarat- syarat Kelayakan


  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap (tinggal) di Melaka; dan
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal; dan
  • Mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1, 289.00 atau RM 337.00 per-kapita.

Tarikh Tutup Permohonan


Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2022.

Cara Permohonan


Sila dapatkan borang permohonan di :

Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka

Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi


Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Petang
2.00 Petang – 5.00 Petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.15 tgh hari
2.45 petang – 5.00 petang

Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka, KPWKM

Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka

Waktu Operasi


Isnin – Khamis I Sabtu & Ahad

8.00 Pagi – 1.00 Petang
2.00 Petang – 5.00 Petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.15 tgh hari
2.45 petang – 5.00 petang

Baca Juga: Senarai Bantuan Khas Untuk Ibu Tunggal & Surirumah

MUAT TURUN BORANG >>>

Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka 2022 1

Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka 2022 2

Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka 2022 3

Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka 2022 4

Maklumat Lanjut


Anda boleh rujuk Facebook Bahagian Pembangunan Wanita Negeri, Jabatan Pembangunan Wanita (PPWM Melaka)




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3