Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal BKIT RM300 – PENJANA

Ibu tunggal merupakan antara golong yang perlukan bantuan dari segi kewangan oleh kerajaan bagi menyara hidup harian mereka, kadangkala yang mempunyai anak kecil lagilah amat memerlukan, oleh yang demikian kerajaan Malaysia menerusi insentif PENJANA akan memberikan bantuan Khas Ibu Tunggal melalui JPW yang dijangka melibatkan 150 ribu ibu tunggal

Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan yang akan diberikan secara one-off kepada ibu tunggal yang layak. Bantuan ini adalah berdasarkan pengkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu Tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan juga

Syarat Kelayakkan

Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut :

  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal)
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK Semasa) RM960 atau perkapita RM244

Cara Mohon

Untun buat pendaftaran permohonan baru anda boleh melalui laman sesawang rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

  • Step 1 – Sila ke laman rasmi https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/ untuk melihat borang yang disediakan.
  • Step 2 – Klik mengikut negeri pilihan anda, kalau boleh tempat mana anda bermastautin.
  • Step 3 – Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan
  • Step 4 – Isi Maklumat yang diminta hingga selesai.

Kalau tak boleh buka pautan yang disediakan oleh JPW tu anda boleh mengemukakan permohonan melalui :

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD/LPPKN
  • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi permohonan di Sabah
  • Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohonan di Sarawak

Dokumen Lain Perlu Ada Nak Buuat Permohonan Baru Dan Rayaun

  • Salinan Mykad
  • Salinan Penyata Akaun tahun semasa
  • Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin / Mykid / Mykad / Sijil Pengangkatan dari JPN
  • Salinan slip gaji terkini / pengesahan pendapatan (cth: surat pengesahan daripada pengulu /majikan).

Dokumen Sokongan

  • Surat Akuan Doktor (Jika Berkenaan)
  • Surat Akuan Sumpah (Sekiranya Dalam Proses Penceraian)

Bagaimanakah Kaedah Bayaran BKIT Ini Dilaksanakan?

+Pembayaran akan dikreditkan ke akaun ban pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif

Boleh buat rayuan ke kalau permohonan Gagal?

+Rayuan akan dimaklumkan semula nanti

Tarikh dapat duit Bantua Ibu Tunggal?

+Mulai Julai hingga November 2020

Berapa Kita Dapat Dengan BKIT Ini?

+RM300 secara one-off ke akaun penerima

Cara Nak Semak Keputusan BKIT Macam Mana?

+Status Kelulusan akan diberitahu melalui (SMS)

Maklumat Lanjut

  • Jabatan Pembangunan Wanita,
    Kementerian Pembangunan Wanita,
    Keluarga dan Masyarakat,
    Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4,
    62100 Putrajaya, Malaysia.
  • No Tel : 603-8323 1000
  • Email : [email protected]
Categories Bantuan

5 thoughts on “Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal BKIT RM300 – PENJANA”

  1. sya nak bantuan ,sya suami telah meninggal jadi tolong lah bantu sya , anak masih sekolah sya pun puas cari kja semua pun tak dapat .hanya bantuan macam inilah sya selu harap kan , suami sya meninggal sebab sakit jantung . harap maklum , sya tidak tahu macam mana nak mintak pertolongan . rumah sewa nak bayar ,air api., nak makan duit tak de nak mintak ke sapa.kesian lah dekat sya.

    Reply

Leave a Comment