Bantuan Khas Hari Raya Akan Dibayar Pada Isnin Ini

Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Berdasarkan jangkaan, Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 03 Mei 2022, Selasa.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak kerajaan telah bersetuju memperkenalkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250 sebagai simbol menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Baca juga:

Kategori Penerima Bantuan:


Berikut adalah kategori yang layak menerima bantuan kewangan ini:

RM500: Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

RM250: Semua pesara penjawat awam / kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.

Tarikh Pembayaran:


Tarikh pembayaran bantuan ialah pada 25 April 2022, Isnin bersama dengan bayaran gaji untuk bulan April 2022.

Maklumat lanjut:


Bantuan khas kewangan dengan peruntukan sebanyak RM923 juta bagi manfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Tujuan pemberian bantuan itu dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3