Home » Bantuan » Cara Mohon Bantuan Khas Guru Tadika RM150 Fasa 2 – Tarikh Tutup 6 September 2021

Cara Mohon Bantuan Khas Guru Tadika RM150 Fasa 2 – Tarikh Tutup 6 September 2021

Bantuan Khas Guru Tadika RM150 2021

Untuk makluman, Kira-kira 3,000 guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tadika) di Selangor masih belum memohon bantuan RM150 yang ditawarkan kerajaan negeri bagi meringankan beban golongan itu yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari umumkan permohonan fasa kedua bermula dari tarikh 15 Ogos 2021 akan dibuka bagi memastikan peruntukan bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Portal Malaysia ingin berkongsi lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Apakah Bantuan Khas Guru Tadika RM150?

Pada 9 Jun, Ketua Menteri Selangor telah mengumumkan bantuan sekali bayar RM150 kepada guru tadika manakala RM450 kepada 1,018 pengusaha melibatkan peruntukan RM1.99 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban golongan pendidik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.

Dari sasaran 10,197 guru yang bakal menerima manfaat ini, sebanyak 7,177 telah mengemukakan permohonan bagi bantuan fasa pertama.

Permohonan fasa kedua bermula dari tarikh 15 Ogos 2021 akan dibuka bagi memastikan peruntukan bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Baca Juga: Bantuan Khas Covid19 (BKC) Ditangguhkan Atau Sudah Mula Masuk?

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan ialah sekali bayar RM150 secara one-off kepada guru tadika di Negeri Selangor.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Tarikh Permohonan

Permohonan fasa kedua bagi bantuan ini bermula dari 15 Ogos sehingga 6 September.

Baca Juga: BKC – Bantuan Khas Covid19 | Bayaran Sehingga RM1300 Untuk Miskin Tegar, B40 & M40

Cara Permohonan

  1. Guru-guru yang terlibat boleh mengemukakan permohonan melalui Persatuan Tadika Berdaftar & Pejabat Pendidikan Daerah.
  2. Guru yang telah mengemukakan permohonan pada fasa satu tidak boleh memohon lagi.
  3. Hanya permohonan guru-guru kemukakan pada sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web https://www.amirudinshari.com/kitaselangor2

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Cara Mohon Bantuan Khas Guru Tadika RM150 Fasa 2 – Tarikh Tutup 6 September 2021” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!