Bantuan Khas Bernas RM250 Untuk Pesawah


Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 bakal disalurkan secara berperingkat kepada pesawah.

Pemberian ini diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), YB Tuan Haji Mohamad Sabu melalui kenyataan rasmi pada 31 Disember 2022 yang lalu.

Bantuan Khas BERNAS


BERNAS bersetuju dengan permintaan YAB Perdana Menteri supaya menyediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.

Bantuan khas BERNAS sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima apabila baki bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta telah disalurkan.

Bantuan Khas Bernas

Jumlah Bantuan


Berjumlah RM250 bagi setiap pesawah.

Baca Juga: Bantuan RM150 Tanpa Kira Had Pendapatan

Tarikh Bayaran


Pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada 16 Januari 2023.

Maklumat Lanjut


Sebarang info lanjut dan maklumat terkini, sila layari : https://www.bernas.com.my/ 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3