Home » Bantuan » Bantuan Khas APAD RM500 PEMERKASA+: Teksi, e-Hailing, Bas & Pemandu Pelancong

Bantuan Khas APAD RM500 PEMERKASA+: Teksi, e-Hailing, Bas & Pemandu Pelancong

BANTUAN KHAS ONE-OFF RM500 KEPADA 134,000 INDUSTRI PENGANGKUTAN AWAM (Pemandu Teksi, e-Hailing, Bas)

Berita baik kepada pemandu e-hailing yang belum menerima bayaran, pembayaran auto-kredit akan dibuat bermula 10 September 2021 berjumlah RM500 ‘one-off’.

Berikut merupakan kenyataan penuh oleh Menteri Pengangkutan Malaysia mengenai bantuan ini:

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

PEMBAYARAN BANTUAN ONE-OFF RM500 PEMERKASA+ KEPADA 27,627 PEMANDU E-HAILING YANG BELUM MENERIMA BAYARAN

  1. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sedia maklum dan amat prihatin berhubung isu pembayaran bantuan secara sekali beri atau ‘one-off’ PEMERKASA+ yang dibangkitkan oleh komuniti pemandu e-hailing yang layak namun masih belum menerima pembayaran bantuan tersebut.
  2. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), seramai 56,092 pemandu e-hailing telah memenuhi syarat kelayakan dan layak untuk menerima bantuan ‘one-off’ berjumlah RM500.
  3. Pihak APAD telah selesai membuat pembayaran kepada 28,465 pemandu e- hailing yang layak bermula dari 26 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021. Walaubagaimanapun, masih terdapat 27,627 pemandu yang masih belum menerima bayaran bantuan tersebut.
  4. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan peruntukan bagi tujuan pembayaran kepada baki pemandu layak yang masih belum menerima bantuan tersebut telah pun disalurkan kepada APAD pada 3 September 2021.
  5. APAD sedang memproses pembayaran melalui bank yang telah dilantik Kerajaan iaitu Hong Leong Bank dan pembayaran akan dibuat secara auto- kredit ke dalam akaun bank 27,627 pemandu terlibat bermula pada hari Jumaat 10 September 2021.
  6. MOT memohon maaf atas kelewatan penyaluran bantuan ini. Sememangnya pihak MOT sentiasa komited dalam memastikan kebajikan para pemandu e- hailing sentiasa terbela dan berharap pembayaran bantuan RM500 ini dapat membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pemandu e- hailing dalam mendepani ujian pandemik COVID-19 ini.

Bantuan khas RM500 one off ini bakal dijangka bakal memanfaatkan kesemua 134,000 penerima berikut:

  • 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing
  • 40,000 pemandu teksi
  • 17,000 pemandu pelancong
  • 11,000 pemandu bas sekolah
  • 4,000 bas persiaran

Tarikh Bantuan Diterima

Bantuan Khas ini akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar mulai bulan Julai 2021.

Semakan Bantuan Khas Pemandu Teksi, e-Hailing & Bas

Semakan dan kelayakan permohonan bantuan ini telah disemak silang oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Untuk membuat semakan & mendapatkan maklumat terkini, boleh rujuk melalui laman web rasmi APAD di pautan berikut:

https://www.apad.gov.my/ 

Baca juga: BPR Fasa 3 – Tarikh Rasmi & Bayaran Sehingga RM1400

Lain-lain Bantuan Pengangkutan Awam Pemerkasa +

SKIM REHABILITASI SEWA BELI BAS & TEKSI

Bagi Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, skim ini akan memberi manfaat kepada para pengusaha bas dan teksi yang layak untuk mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

LANJUTAN PENGECUALIAN SST KENDERAAN PENUMPANG CKD & CBU IMPORT

Sebelum ini Kerajaan telah mengumumkan pengecualian Cukai Jualan (SST) bagi kenderaan penumpang CKD & CBU import mulai 1 Julai 2021 menerusi inisiatif PENJANA.

Kini, Kerajaan juga bersetuju melanjutkan pengecualian ini sehingga tarikh 31 Disember 2021.

Baca juga: Lihat Cara Tukar Password MyBSN Online, Jika Anda Lupa Kata Laluan BSN

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut, boleh layari:

  1. http://www.mot.gov.my/ 
  2. https://www.apad.gov.my/ 
Disclaimers – Semua artikel admin share dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan ringkasan yang related dengan “Bantuan Khas APAD RM500 PEMERKASA+: Teksi, e-Hailing, Bas & Pemandu Pelancong” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!