Jom Mohon Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) Sehingga 31 Mei 2022


Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.

Bantuan Khas Anak Istimewa (ANIS) Selangor 2022

YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Objektif Utama:

  • Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup.
  • Membantu mengurangkan beban ibu bapa/penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.

Jenis bantuan diberikan:

  • Makanan/keperluan tambahan*
  • Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin*
  • Ubat-ubatan*
  • Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU)* berdasarkan preskripsi doktor sahaja

Baca juga: Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga 2 Jun 2022

Syarat & Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor.
  3. Ibu / bapa/ penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 ke bawah; DAN
  4. Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan);
  5. Anak (OKU) mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM; ATAU
  6. Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU);

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan.
  3. Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.
  4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  5. Salinan Kad Pengenalan Anak OKU.
  6. Salinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  7. Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
  8. Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  9. Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
  10. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

Tarikh Permohonan

Permohonan terbuka mulai 17 Mei 2022 sehingga 31 Mei 2022

Cara Permohonan ANIS Selangor 2022

  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan diatas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuananis 
  2. Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:

Pejabat YAWAS

Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
40000 Shah Alam, Selangor.


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan artikel berkaitan dengan “Jom Mohon Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) Sehingga 31 Mei 2022” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia