Bantuan Khas 2022 Untuk Ibu Tunggal Negeri Melaka


Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif buat golongan ibu tunggal di Negeri Melaka. Tujuannya adalah untuk membantu meringankan beban para ibu tunggal dalam menghadapi alam persekolahan anak-anak.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:

Pemohon boleh mengisi borang permohonan bermula 19 Januari 2022.

Borang Permohonan:

Borang permohonan boleh diambil di:

  1. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka.
    Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
  2. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, KPWKM
    Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka.
  3. Kompleks-Kompleks JAPERUN yang berdekatan. 

1)MELAKA TENGAH

  • Ayer Keroh, Dewan Kasturi Ayer Keroh Heights, Lorong Utama Ayer Keroh, 75450 Melaka.
  • Ayer Molek, Km 10 Jalan Ayer Molek, 75460 Melaka.
  • Bukit Katil, Dewan Dato’ Demang Hussin, Km 9, Jalan Bukit Katil, 75450 Melaka.
  • Pengkalan Batu, Jalan Bachang, 75350 Melaka.
  • Sungai Udang, Km 20, Sungai Udang, 76300 Melaka.
  • Klebang,Jalan Gangsa 1, Klebang Kecil, 75250 Melaka.
  • Paya Rumput, Km 11 Jalan Cheng, 75250 Melaka.
  • Pantai Kundor, Km 14, Kampung Gelam, 76400 Tanjung Kling, Melaka.
  • Telok Mas,  Lot 1137, Jalan Lama Telok Mas, 75460 Melaka.
  • Bandar Hilir, No 322, Jalan Parameswara, 75000 Melaka.
  • Duyong, No 3123-1 Km 5, Lebuh Amj, Taman Semabok Emas, 75050 Melaka.
  • Kota Laksamana, Lorong Tun Mamat 3,Kampung Morten, 75300 Melaka.
  • Kesidang, Taman Melaka Baru Fasa 3, 75350 Melaka.

2) ALOR GAJAH

  • Kuala Linggi, Bangunan Mara, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka.
  • Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah,Melaka.
  • Ayer Limau, 78100 Lubok China, Melaka.
  • Lendu, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
  • Taboh Naning, Kampung Pernau,Simpang Empat, 78000 Alor Gajah Melaka.
  • Rembia, Bt 13, Jalan Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka.
  • Gadek, Jalan Tanjung Rimau Luar, 78000 Alor Gajah,Melaka.
  • Machap, Kampung Bukit Bulat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
  • Durian Tunggal, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

3) JASIN

  • Kompleks Japerun Bemban, 77200 Jasin Melaka.
  • Kompleks Japerun Asahan, Jalan Melangkan, 77100 Asahan, Melaka.
  • Kompleks Japerun Rim, Bandar Baru Jasin 2, 77000 Jasin, Melaka.
  • Kompleks Japerun Serkam, Km 18 Jalan Serkam Bemban, 77200 Jasin, Melaka
  •  Kompleks Japerun Merlimau, Lipat Kajang, 77000 Jasin, Melaka.
  •  Kompleks Japerun Sungai Rambai, 77400 Sungai Rambai Melaka.

Waktu Operasi:

    • Isnin – Khamis
      • 8.00 Pagi – 1.00 Petang
      • 2.00 Petang – 5.00 Petang
    • Jumaat
      • 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
      • 2.45 petang – 5.00 petang

Kategori Pemohon Yang Layak:

Berikut merupakan kategori perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) :

  • Diceraikan hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan.
  • Suami yang tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan).
  • Mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah.

Syarat- syarat kelayakan:

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan unutk memohon:


  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Melaka.
  2. Pemohon adalah ibu tunggal.
  3. Pendapatan isi rumah sebanyak RM1,169.00 – RM310.00 di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  4. Mempunyai tanggungan yang masih bersekolah berumur dari 17 tahun dan ke bawah.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka atau hubugi talian 06-231 0334.

Penafian – Semua yang kami share diatas sekadar tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Bantuan Khas 2022 Untuk Ibu Tunggal Negeri Melaka” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia