Berita baik buat anak Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan dana hampir RM1,000 kepada pelajar kelahiran Negeri Sembilan bagi membantu pelajar IPT yang mendaftar tahun pertama sebagai pelajar pengajian tinggi.
Bantuan ini akan diberikan secara One-Off kepada pelajar atau keluarga pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Baca juga:
- JPA Tawar Biasiswa Yang Dipertuan Agong Kepada Pelajar Cemerlang 2022
- Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022 – Duit Tunai RM150 Seorang
Senarai Kandungan
Kadar Bantuan IPT:
Berikut adalah kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar:
- Sijil/Matrikulasi: RM 500
- Diploma: RM 750
- Ijazah/Sarjana/PHD: RM 1,000
Syarat Kelayakan:
- Pemohon mestilah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
- Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tahun pertama pengajian.
- Jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000.
- Pemohon hendaklah mengisi borang PK-PSUKNS-31.
- Semua maklumat yang diperlukan wajib diisi.
- Pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.
- Borang permohonan hendaklah disahkan oleh:
- YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN.
- Penghulu.
- Pengerusi MPKK / KRT / Taman.
Cara Permohonan:
Permohonan harus diisi oleh pelajar sendiri. Antara dokumen yang diperlukan:
- Satu salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa/penjaga.
- Satu salinan Sijil Kematian / perceraian jika berkenaan.
- Satu salinan penyata gaji / pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga.
- Satu salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan & pengesahan pendaftaran/bayaran yuran pendaftaran/surat pengesahan pengajian.
- Satu salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah/Menengah.
- Satu salinan Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.
Borang Permohonan:
Berikut merupakan borang permohonan bantuan:
- Borang Permohonan Bantuan IPT PK-PSUKNS-31
- Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA
- Borang Pengesahan Pendapatan
- Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap.
- Dapatkan pengesahan daripada pihak yang berkenaan.
- Hantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke:
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
Tingkat 5B, Wisma Negeri,
70503 Seremban.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Sembilan atau hubungi talian 06-7659936 /31 @ 06-7659784 /85.