Bantuan Kewangan Sebanyak RM250 Untuk Satu Keluarga Bermula Mei Ini

Sejak awal bulan tahun 2023 pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan dan sudah disalurkan kepada golongan yang layak dan memerlukan.

Bantuan kewangan ini disalurkan melalui Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian.

Terdapat bantuan berupa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dipekenalkan melalui Kerajaan Persekutuan kepada isi rumah dan individu yang layak mengikut kelayakan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA KE 3


Pembayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Ke – 3 akan diteruskan pada bulan Mei selepas bayaran Fasa – 1 dan Fasa – 2 diselesaikan sebelum ini.

Sumbangan ini adalah satu usaha kerajaan untuk membantu semua rakyat Malaysia dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas

JUMLAH BANTUAN


Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500


  • Tiada anak – RM 300
  • 1 Hingga 2 – RM 400
  • 3 hingga 4 – RM 600
  • 5 dan ke atas – RM 800

Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000


  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • 1 hingga 2 – RM 150
  • 3 hingga 4 – RM 200
  • 5 dan ke atas – RM 250

Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas


  • RM 100 seorang

PENERIMA BAYARAN BANTUAN KEWANGAN STR


Kesmua penerima STR 2023 akan dapat menerima STR Fasa ke 3 mengikut kategori yang telah ditetapkan kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa 3.

Semua bayaran juga turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang telah lulus semasa membuat permohonan pada Mac 2023 lalu yang mana jumlah bantuan adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).

TARIKH BAYARAN


Difahamkan , semua pembayaran bagi STR Fasa 3 dijangkakan bakal dikreditkan pada bulan Mei – Julai 2023 ini namun tarikh rasmi bagi bayaran tersebut masih belum disahkan oleh kerajaan.

Untuk semakan bagi status STR Fasa 3 , ianya boleh dibuat melalui laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/


1 thought on “Bantuan Kewangan Sebanyak RM250 Untuk Satu Keluarga Bermula Mei Ini”

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3