Bantuan Kewangan RM800 Kini Telah Diumumkan! Semak Tarikh Pembayaran


Bagi setiap warganegara yang layak akan mendapat bantuan berjumlah RM800 secara berperingkat.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bayaran RM800 akan dibuat terus ke dalam akaun bank peneroka membabitkan RM300 setiap satu pada Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) dan baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac ).

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) membabitkan peruntukan RM9.7 juta untuk manfaat 12,138 peneroka ladang getah di seluruh negara, yang akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.

SEMAKAN PERMOHONAN BMT


Kepada pemohon yang telah memohon, untuk makluman anda semakan permohonan kini dibuka.

Melalui laman web rasmi BMT RISDA iaitu: https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Untuk makluman, permohonan BMT telah dibuka mulai 5 Mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau tidak berada di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon asal dan salinan
  • Geran tanah asal dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

2) Pemohon menoreh bukan pemilik mesti menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tanah
  • Salinan geran lot yang disahkan oleh notari
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan slip pengaktifan Kad PAT-G atau Kad PAT-G yang sah
  • Surat pengesahan pemilik tanah/wakil yang diberi kuasa
  • Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil sejahtera iaitu https://pekebunkecilmakmur.com.my/

JUMLAH BAYARAN BMT

  • RM800 (3 Fasa)

Bagi tarikh pembayaran pula, ia akan diagihkan melalui 3 fasa pembayaran iaitu sebanyak:

  • Fasa 1 : RM300 (Januari)
  • Fasa 2 : RM300 (Februari)
  • Fasa 3 : RM200 (Mac)

https://pekebunkecilmakmur.com.my/


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3