Bantuan Kewangan RM700 Skim mySalam

MySalam merupakan bantuan yang diperkenalkan kerajaan untuk rakyat  dengan harapan golongan B40 yang berjumlah 3.69 juta dan juga golongan M40 yang berjumlah 4.3 jutan dapat dibantu pada ketika mereka menghadapi penyakit kritikal selain Bantuan Keluarga Malaysia.

Ia merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Kerajaan menyediakan mySalam untuk sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Bantuan Kewangan RM700 Skim mySalam 1

Kategori Pemohon:

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  •  Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  •  Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  •  Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Kadar Bantuan:


Berikut merupakan antara manfaat bantuan BSH mySalam:

  1.  Bantuan Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
  2. Claim mySalam sebanyak RM50 untuk sehari (minimum claim sehari maximum 14 hari) bagi yang diarahkan kuarantin.

PERMOHONAN SKIM MYSALAM

  •  Layari www.mysalam.com.my
  •  masukan no kad pengenalan.
  • klik semak.
  • Keputusan ada dinyatakan tu Layak / Tidak Layak.

Tuntutan Secara Online:

  1. Log masuk ke portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/.
  2. Jika anda belum mendaftar dengan mySalam sila daftar dahulu. Klik Log Masuk Kali Pertama dan ikuti langkah selanjutnya.
  3. Jika anda sudah mendaftar sila buat pengesahan no telefon. Jika no telefon anda telah didaftarkan, sila buat panggilan ke talian bantuan untuk bantuan reset pasword. Kemudian masukkan password baru.
  4. Kemaskini Profil.
  5. Klik Tuntutan
  6. Penyerahan Tuntutan, Tuntutan Hospitalisasi, Masukkan tarikh mula dan tarikh tamat kuarantin, Pilih No Panel (Nama Hospital),  Muat turun IC, Muat Naik Borang ANNEX 14&17.
  7. Hantar.
  8. Selepas hantar, sila tunggu keputusan.

Tuntutan Secara Fizikal:

  1. Sila kunjungi mana-mana kiosk mySalam.
  2. Bawa bersama salinan Ic dan borang Annex 14&17.
  3. Serahkan dokumen berkenaan pada pegawai yang bertugas untuk tindakan selanjutnya.

Kadar Bayaran:

Adalah secara one-off.

Maklumat Lanjut:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi talian 1-300-88-8938 atau emel kepada :[email protected]

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3