Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 baru sahaja diagihkan kepada mereka yang layak.
Terdapat bantuan tambahan yang akan diberikan kepada kategori penerima BKM iaitu bantuan kewangan mySalam sebanyak RM700.
Skim Perlindungan Masyarakat mySalam adalah skim perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Ia juga diklasifikasikan sebagai elaun gantian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti bagi mereka yang menjalani rawatan.
Baca juga:
Senarai Kandungan
Syarat Kelayakan:
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan:
- Pemohon adalah salah seorang penerima bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.
- Pemohon berumur 18 hingga 65 tahun.
- Pemohon merupakan individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari portal mySalam.
Langkah 2: Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
Langkah 3: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 4: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg.
Langkah 5: Lampirkan salinan Nota Discaj dan salinan dokumen pengenalan.
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Semakan Kelayakan:
Keputusan permohonan dan semakan kelayakan boleh dibuat di laman sesawang mySalam.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawanng portal mySalam.
Related Posts
- Cara Mohon Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah Tahun 2022
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- Mohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan