Bantuan Kewangan Rm2,500 Tahun 2023 : Semak Sekarang !

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.

Antaranya ialah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri berdasarkan Belanjawan masing-masing.

Mohon juga : Ini Cara Mohon Bantuan E-Wallet Bingkas RM300 : Mohon Sekarang!

Semak juga : Jadual Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR Fasa 1 : Semak Sekarang !

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan yang diperkenalkan:-

Bantuan Khas Kewangan RM2,500

Antaranya apabila Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 5,599 penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam di negeri adat Perpatih yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Bantuan khas kewangan ini diharap dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja lebih gigih lagi,” katanya pada Persidangan (Bajet) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, Negeri Sembilan.

SERTAI TELEGRAM: Bantuan Kewangan Rm2,500 Tahun 2023 : Semak Sekarang ! 2

Tarikh pembayaran

Untuk makluman, bantuan kewangan ini akan dibayar dalam dua peringkat iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan pelbagai bantuan kewangan, geran tunai, insentif bukan kewangan dan bantuan sokongan di bawah Bajet yang sama.

“Sebanyak 64 inisiatif membabitkan peruntukan RM107 juta akan dilaksanakan dalam bajet negeri… Sebanyak 42 inisiatif sedia ada akan dikekalkan atau ditambah baik dan 22 inisiatif baharu akan diperkenalkan,” katanya.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3