Home » Permohonan » Bantuan Kewangan Program KerjayaGig PERKESO

Bantuan Kewangan Program KerjayaGig PERKESO

Program KerjayaGig PEMULIH adalah  kesinambungan daripada Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan dari Penjana Kerjaya 2.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

Program KerjayaGig di bawah PenjanaKerjaya 3.0 menawarkan insentif sebanyak RM600 bagi setiap individu yang ditawarkan pekerjaan sementara atau gig selama 6 bulan.

Manakala, insentif sebanyak RM200 pula diberikan kepada majikan, penyedia perkhidmatan, platform atau pertubuhan yang menawarkan pekerjaan sementara atau gig yang berdaftar dengan PERKESO. (Contoh: GrabCar, Lalamove & FoodPanda)

Tarikh Permohonan:

  • Tarikh buka : 15 Julai 2021
  • Tarikh akhir : 31 Disember 2021

Syarat Kelayakan:

Berikut antara syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan bagi individu yang bekerja sendiri, antaranya adalah :

  1. Berumur diantara 18-60 tahun.
  2.  Penganggur yang menganggur lebih dari 180 hari.
  3. Individu yang kehilangan pekerjaan (yang berdaftar dengan PERKESO).
  4. Pekerja formal yang diberi cuti tanpa gaji pekerjaan (yang berdaftar dengan PERKESO).
  5. Golongan pencari kerja dari golongan penerima eKasih.

Dokumen Yang Diperlukan:

Berikut adalah senarai dokumen penting yang diperlukan dalam setiap permohonan :

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Borang pengesahan pekerjaan yang telah ditandatangani oleh individu bekerja sendiri
  • Maklumat akaun bank individu yang bekerja sendiri
  • Dokumen yang berkaitan berserta bukti yang telah dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
  • Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru saja diambil.

Cara Mohon:

Mohon di SINI.

Dilampirkan rujukan Manual Pengguna Permohonan Program KerjayaGIG:

Kadar Bayaran:

  • RM600 kepada individu yang ditawarkan pekerjaan sementara sehingga 6  bulan.
  • RM200 kepada majikan atau penyelia perkhidmatan.

Soalan Lazim:

Untuk maklumat berkaitan soalan lazim INSENTIF PROGRAM KERJAYA GIG, sila klik di SINI.

Maklumat Lanjut:

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program KerjayaGig PERKESO, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau layari laman sesawang di SINI.

 

Penafian – Bahan yang admin share diatas merupakan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Bantuan Kewangan Program KerjayaGig PERKESO” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!