Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar OKU & Pendidikan Khas IPT


Jom Mohon! Permohonan tawaran Bantuan Kewangan bagi Pelajar OKU atau orang kelainan upaya ini khusus untuk pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) .Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU.

Tempoh Pembiayaan

Tempoh tajaan ini adalah tertakluk kepada surat tawaran asal institusi pengajian dan tidak melebihi tempoh maksimum penajaan seperti berikut :

  • Sijil – 2 Tahun (Kolej Komuniti dan Politeknik Sahaja (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
  • Diploma – 3 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM15,000.00)
  • Sarjana Muda – 4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)
  • Diploma Lepasan Ijazah -2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
  • Sarjana -2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
  • Ph.D -4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)

Baca juga: Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) 

Syarat-Syarat Bantuan

  • Pelajar warganegara Malaysia;
  • Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
  • Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja;
  • Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik;
  • Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini;dan
    Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).
  • Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut. Hal ini kerana tempoh tajaan Bantuan kewangan ini adalah mengikut tempoh surat tawaran asal. Pelajar yang ingin menukar tempat pengajian dalam tempoh pembiayaan BKOKU, hendaklah maklum kepada pihak kementerian secara bertulis dan juga kepada pihak institusi pengajian sebelum dari tempoh lapor diri di tempat pengajian baru

Cara Permohonan /Tuntutan Bantuan Kewangan Pelajar OKU

  1. Pelajar perlu membuat permohonan secara dalam talian menerusi pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/login.php
  2. Salinan dokumen yang dinyatakan dalam permohonan dimuat naik lengkap.
  3. Pelajar tidak perlu menghantar dokumen dan Salinan dokumen ke Bahagian ini.
  4. Hanya Invois Asal yang perlu dikemukakan kepada Bahagian ini secara pos atau serahan tangan ke alamat:
    • Kementerian Pengajian Tinggi,
      Bahagian Biasiswa,
      Unit Pra Perkhidmatan,
      Aras 2, No. 2, Menara 2,
      Jalan P5/6, Presint 5,
      62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
    • No Hotline : 03-8888 1616

Peringatan : Urusetia berhak untuk tidak memproses tuntutan / permohonan pelajar sekiranya Salinan dokumen yang dimuat naik didapati mengelirukan ataupun tidak lengkap


Maklumat Lanjut

No Hotline : 03-8888 1616

Penafian – Bahan artikel kami share diatas hanyalah panduan dan rujukan yang related dengan “Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar OKU & Pendidikan Khas IPT” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia