Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Bantuan Kewangan Pelajar IPTA B40 & M40 2023

by Kina
September 8, 2023
in Bantuan, KPM
A A

Program Bantuan Kewangan Asasi di Universiti Awam merupakan program penajaan bertaraf matrikulasi yang diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.

Senarai Kandungan

  • Golongan Sasaran
  • Peringkat Pengajian
  • Tempat Pengajian
  • Syarat & Kelayakan
    • Ikatan Perjanjian
  • Permohonan & Semakan
  • Maklumat Lanjut

Golongan Sasaran


Pelajar daripada golongan sasaran B40 dan M40 yang sedang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.

Peringkat Pengajian


Program ini hanya terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program bertaraf asasi.

Lihat Juga  Tarikh Jadual Bayaran Bank BKM Fasa 4 | Semak Sini Sekarang

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Tempat Pengajian


Program ini ditawarkan di beberapa universiti awam di Malaysia, seperti berikut:

  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  5. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  6. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  7. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  8. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  9. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  10. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  11. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  12. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  13. Universiti Utara Malaysia (UUM)

Syarat & Kelayakan


  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tergolong dalam kumpulan B40 dan M40 pada tahun semasa.
  3. Mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam.
  4. Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.
Lihat Juga  Login Portal DELIMa 2.0 KPM - Cara Daftar Guru & Murid

Ikatan Perjanjian


Pelajar yang mendapat bantuan ini diwajibkan untuk menandatangani perjanjian dengan seorang penjamin. Penjamin ini mestilah seorang Warganegara Malaysia dan tidak berstatus muflis. Jika pelajar gagal menamatkan program pengajian dengan jayanya, mereka perlu membayar balik jumlah bantuan kewangan yang telah diterima.

Permohonan & Semakan


Tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada Kementerian Pengajian Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing; dan

Lihat Juga  Semakan & Permohonan MySalam B40 M40: Tuntutan Sehingga RM8,000

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT setelah senarai lengkap pelajar asasi diterima daripada Universiti Awam.

Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:-

  1. Surat Tawaran
  2. Surat Setuju Terima Tawaran
  3. Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi)
  4. Borang penyata kewangan penjamin
  5. Panduan mengisi borang perjanjian

Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada universiti masing-masing. Dokumen dihantar terus kepada Kementerian tidak akan diterima.

Semakan status: https://biasiswa.mohe.gov.my/bantuanasasi

Maklumat Lanjut


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Hotline: +603-8888 1616 (Hotline) / +603-8870 6368
(Waktu Operasi: 8.30 pagi – 4.30 petang, Isnin – Jumaat)

E-mel: [email protected]

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 43shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 43shares
  • 26
  • 17
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×