Bantuan Kewangan OKU (BKOKU) & Program Pendidikan Khas KPT


Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dialukan untuk memohon Bantuan Kewangan OKU (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Bantuan Kewangan OKU (BKOKU) & Program Pendidikan Khas KPT 1

Baca Juga: Sumbangan Tunai Rahmah

Tempoh Pembiayaan


  • Sijil- 2 Tahun untuk Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000).
  • Diploma- 3 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM15,000)
  • Sarjana Muda- 4 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)
  • Diploma Lepasan Ijazah- 2 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)
  • Sarjana- 2 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)
  • Ph.D- 4 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)

Kategori Yuran

Terdapat 2 kategori yuran ditetapkan iaitu yuran yang layak dan tidak layak dituntut adalah seperti berikut:

Yuran Layak Dituntut

  • Yuran pendaftaran pengajian
  • Yuran perpustakaan
  • Yuran peperiksaan
  • Yuran perkhidmatan
  • Yuran ko-kurikulum/sukan
  • Yuran graduasi (jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)
  • Yuran pemeriksaan/yuran tesis
  • Yuran komputer
  • Yuran peralatan/bahan makmal
  • Kad kampus/kad matrik

Yuran Tidak Layak Dituntut

  • Yuran penempatan/yuran asrama
  • Yuran kebajikan/persatuan/alumni/aktiviti/khairiat
  • Yuran kelengkapan/tabung pengurusan MPA
  • Yuran pencalonan
  • Insuran kesihatan/perlindungan insuran
  • Tabung kecemasan
  • Elaun buku
  • Elaun sara hidup
  • Elaun tesis
  • Elaun latihan amali/klinikal/kerja lapangan
  • Elaun perjalanan/tambang
  • Elaun akhir pengajian
  • Elaun penyelidikan
  • Elaun pengangkutan

Syarat Permohonan

  1. Pelajar warganegara Malaysia.
  2. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.
  3. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  4. Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian.
  5. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja.
  6. Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik.
  7. Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini.
  8. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Kad JKM
  3. Salinan Kad Matrik
  4. Salinan Surat Tawaran
  5. Salinan No. Akaun Bank Islam
  6. Salinan Malaysian Qualifications Agency (MQA) (bagi permohonan kali pertama)
  7. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (bagi pelajar sedia ada)
  8. Invois/Resit
  9. Maklumat Bank IPTA/IPTS/Kolej Komuniti/Politeknik (jika kemukakan Invois) atau pengesahan semester pengajian (jika resit yang dikemukakan tiada maklumat semester pengajian)

Cara Memohon

  1. Anda boleh muat turun borang pendaftaran di sini >> https://cdn.me-qr.com/pdf/11878782.pdf.
  2. Bagi tuntutan borang pengajian, klik disini >> https://cdn.me-qr.com/pdf/11878864.pdf.
  3. Lengkapkan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan.
  4. Sila hantar dokumen secara hardcopy dikaunter

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut sila layari laman web >> https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/index.php. 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3