Bantuan Kewangan HPIPT Sebanyak RM1000 One-Off Kini Diteruskan Tahun Ini ~ Mohon Sekarang!


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.

Antaranya apabila Kerajaan Negeri Selangor bersetuju meneruskan salah satu bantuan kewangannya bagi memberi penghargaan kepada mereka yang layak.

Ia menerusi peruntukan kewangan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) sebanyak RM3 juta bagi tahun 2023.

maklumat HPIPT


HPIPT pada asasnya adalah inisiatif bantuan dengan kadar RM1,000 untuk pelajar tahun satu yang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada peringkat Sijil Kemahiran, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Tahap 4.

Syarat kelayakan


  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria berikut:
  • Pemohon dilahirkan dan menetap di Negeri Selangor;
  • Ibu atau bapa yang lahir dan bermastautin di Negeri Selangor;
  • Pemohon telah menetap dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang daripada 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
  • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;

Pemohon ditawarkan tempat menyambung pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;

  • Pemohon telah pun mendaftar di IPT untuk memulakan sesi pengajian;
  • Permohonan hanya untuk tahun pertama pengajian;
  • Pemohon hendaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah;

Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai gagal.

Cara memohon


Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara online melalui Sistem Permohonan HPIPT.

Pemohon kemudiannya perlu melengkapkan permohonan secara dalam talian dan menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh IPTA/IPTS.

Borang asal hendaklah dihantar ke Urus Setia melalui penghantaran tangan atau pos sebelum tarikh tutup di alamat:

  • Pengurusan Amanah Hadiah Pengajian IPT
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
  • Jabatan Sumber Manusia
  • Aras 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
  • 40503 Shah Alam

Sila baca maklumat lebih terperinci tentang HPIPT di Portal Rasminya DI SINI.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3