Pelbagai jenis bantuan kewangan yang kini telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Mohon juga : (Terkini) Bantuan Khas Untuk Suri Rumah B40: Ini Syarat Dan Cara Permohonan RM480 ~ Semak Disini !!!
Baca juga : ( RASMI ) Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 Hujung Tahun ini ~ Semak Sini Sekarang !!
Jawatan kosong : (Terkini) Pengambilan Jawatan Kosong Di Pejabat Kementerian Bagi November 2022 : Gaji RM1,352 Sehingga RM4,003
Salah satunya melalui i-Sejahtera yang diberikan kepada mereka yang layak membantu mereka dan sebagai sumbangan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan di bawah program ini:-
Bantuan i-Sejahtera RM200
- Program Penghargaan Warga Emas: RM200
- Program Bantuan OKU: RM200
Syarat-syarat Kelayakan
Program Penghargaan Warga Emas
- Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar;
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Program Bantuan OKU
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
- Pemohon mestilah menetap di Negeri Pulau Pinang;
- Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi iSejahtera.
Tatacaranya adalah seperti berikut:
- Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status;
- Sila masukkan nombor kad pengenalan;
- Semak No Kad Pengenalan;
- Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
- Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan anda dan isikan kata laluan yang ditetapkan;
- Sila lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan;
- Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
Mengenai tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.
Bagi pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon hendaklah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun setiap tahun.
Manakala, bagi permohonan yang dibuat selepas 30 Jun, pemohon akan menerima bayaran caruman pada tahun berikutnya.