Bantuan Keperluan Barangan Dapur RM300 Setiap Bulan : Mohon Sini Sekarang!

Bantuan keperluan dapur merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2023. Untuk makluman umum, insentif khas ini adalah untuk golongan yang memerlukan khususnya golongan B40 dan miskin.

Mohon juga : Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri : Semak Sini Cara Mohon !

Semak juga : Terkini : Semakan BKM 2023: Cek Status Bantuan Keluarga Malaysia Bujang

Program BINGKAS yang juga dikenali sebagai program bantuan kebajikan Selangor merupakan bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun sebelumnya. Atas keprihatinan kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri bersetuju meneruskan insentif ini pada 2023.

PROGRAM INSENTIF BINGKAS 2023

Objektif pelaksanaan bantuan BINGKAS ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang kurang berkemampuan menguruskan hal ehwal keluarga serta mendidik serta membesarkan anak tanggungan.

Pada masa ini, keadaan ekonomi dalam negeri tidak stabil dan pasca wabak yang masih belum pulih sepenuhnya. Insentif istimewa ini amat diperlukan untuk keluarga yang memerlukan.

Sebagai Menteri Besar Selangor, YAB Dato Seri Amirudin bin Shari berkata, program bantuan BINGKAS ini adalah untuk meluaskan jangkauan dan menambah baik program bantuan sebelum ini. Itulah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan program KISS IT (ibu tunggal) agar manfaatnya dapat dipanjangkan bukan sahaja kepada ibu tunggal malah keluarga turut merasainya.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat kelayakan berikut telah ditetapkan untuk bantuan barangan dapur BINGKAS seperti di bawah:

  • Insentif istimewa ini terbuka hanya kepada Warganegara Malaysia
  • Mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bulanan semasa di bawah RM3,000
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemohon merupakan pengundi berdaftar di negeri Selangor.

KADAR BANTUAN PANTAS

Untuk pengetahuan anda, kadar bantuan keperluan dapur BINGKAS ini adalah sebanyak RM300. Bagi pemohon yang layak akan menerima bantuan ini melalui ewallet dan secara automatik diberikan setiap bulan.

Bantuan ini boleh digunakan di mana-mana pasar raya berdaftar untuk membeli barangan keperluan dapur pada tahun 2023.

BAGAIMANA UNTUK MEMINTA BANTUAN

Garis panduan berikut telah disediakan untuk memohon bantuan BINGKAS seperti di bawah:

  • Untuk pendaftaran, sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI
  • Kemudian anda perlu mengikuti arahan pendaftaran permohonan
  • Isikan maklumat peribadi yang diperlukan
  • Hantar borang permohonan dalam talian.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3