Home » Permohonan » Cara Mohon Tuntut Bantuan Kematian RM2500 KWSP Ramai Yang Tak Tahu

Cara Mohon Tuntut Bantuan Kematian RM2500 KWSP Ramai Yang Tak Tahu

Permohonan Tuntutan Bantuan Kematian RM2500 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyediakan Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 yang boleh dituntut sekiranya ahlinya meninggal dunia? Adakah anda tahu?

Bayaran sebanyak RM2,500 itu akan dibayar sekali sahaja kepada orang tanggungan ahli yang layak (balu/duda/anak atau ibubapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

Permohonan bantuan perlu dibuat di cawangan KWSP berdekatan dengan mengemukakan beberapa dokumen yang diperlukan.

Portal Malaysia ingin berkongsi cara Tuntutan Bantuan Kematian RM2500 KWSP.

Syarat kelayakan

Antara syarat kelayakan untuk membuat tuntutan bantuan kematian pencarum KWSP adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang telah meninggal dunia adalah warganegara, penduduk tetap (PR) & bukan warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998).
  2. Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibubapa) tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  3. Permohonan mesti diterima dalma tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  4. Ahli meninggal sebelum mencapai usia 60 tahun
  5. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

Siapa Yang Boleh Memohon

  1. Penama
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas

Baca juga: KWSP Lancarkan Dua Inisiatif Bantu Majikan

Dokumen yang perlu disediakan

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
  2. Sijil Kematian Ahli
  3. Kad Pengenalan Diri Pemohon
  4. Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan
  5. Sijil lahir pemohon
  6. Sijil Kelahiran Ahli
  7. Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan
  8. Surat Kuasa
  9. Penama Meninggal Dunia

Dokukem WAJIB disediakan

  1. Surat Kuasa (jika tiada penamaan) Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi) ATAU
  2. Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah) ATAU
  3. Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah) ATAU
  4. Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB)
  5. Bukti-bukti Pertalian
  6. Dokumen-dokumen lain yang ditetapkan oleh pihak KWSP

Kaedah bayaran

Bayaran pengeluaran pula akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon.

Baca juga: Semakan GKP 4.0 : Tarikh Bayaran RM1000 September & November

Maklumat lanjut

Sebarang maklumat lanjut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/full/death

Sumber: KWSP

Disclaimers – Bahan artikel admin share diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Tuntut Bantuan Kematian RM2500 KWSP Ramai Yang Tak Tahu” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!