Bantuan Keluarga Malaysia – RM350 untuk Orang Bujang Bulan Mac


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi kategori bujang adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan bujang yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Baca juga:


Kadar Bantuan:

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada Kategori Bujang adalah sebanyak RM350.

Tarikh Pembayaran BKM:

Pembayaran BKM akan diagihkan 4 kali dalam masa setahun.

Tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Mac 2022 ini.

Syarat Kelayakan:

Berikut antara syarat kelayakan untuk penerima BKM bujang:
  1.  Pemohon mestilah berstatus bujang atau ibu tunggal atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak.
  2.  Berumur antara 21 hingga 59 tahun.
  3.  Berpendapatan bujang antara RM2,500 dan ke bawah.

Cara Membuat Permohonan:

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan BKM kategori bujang:

  1. Membuat semakan kelayakan semula bagi penerima BPR 2021, BKC B40 dan BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP.
  2. Permohonan baru BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data LHDNM.
  3. Pengemaskinian perlu dilakukan bagi perubahan maklumat penerima sedia ada.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.

 

Maklumat Lanjut:

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia.
Penafian – Semua artikel admin share diatas hanyalah panduan dan rujukan yang related dengan “Bantuan Keluarga Malaysia – RM350 untuk Orang Bujang Bulan Mac” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia