Hari ini, bayaran bagi mereka yang lulus permohonan dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 akan mula dibayar secara berperingkat mulai 20 September 2022.
BKM ialah bantuan yang diberikan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.
Baca juga:
- YP MAIDAM Tawar Bantuan Tambang Penerbangan Pulang Ke Tanah Air
- Pegawai Syarak Melaka Terima Kenaikan Elaun Oktober Ini
Kategori Penerima:
Kategori yang layak menerima BKM Fasa 3 untuk adalah seperti berikut:
Jumlah Bayaran:
Berikut adalah jumlah BKM yang bakal diterima:
i) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – untuk pemohon yang berumur 59 tahun dan ke bawah:
ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – untuk pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300):
iii) Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – untuk kategori permohonan ini, tiada had umur disyaratkan untuk pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500):
v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – untuk pemohon yang berumur 59 tahun dan ke bawah:
vi) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – untuk pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas:
Proses Pembayaran:
Proses pembayaran BKM ini akan dikreditkan dengan 2 cara, iaitu:
- Melalui akaun bank – Pengkreditan mulai 20 September 2022 secara berperingkat.
- Secara tunai – Di cawangan BSN mulai 20 September 2022.
Semakan Status:
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal BKM.
Langkah 2: Log masuk MyBKM.
Langkah 3: Klik bahagian ‘Semakan Status.’
Langkah 4: Klik butang ‘Maklumat Bayaran.’
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman portal BKM HASIL.