Home » Bantuan » Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Sebanyak RM500 One-off Bermula Oktober 2021

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Sebanyak RM500 One-off Bermula Oktober 2021

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Bermula Oktober 2021

Selain BPR, Kerajaan juga telah melaksanakan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) & Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP), di mana kesemua bantuan ini melibatkan peruntukan sejumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun, demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, terutamanya golongan yang mudah terjejas.

Portal Malaysia ingin kongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?

Bantuan Kehilangan Pendapatan sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.

Bantuan ini adalah sebahagian daripada Pakej PEMULIH merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan

Kadar Bantuan

Bantuan ini bertujuan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Cara Permohonan & Semakan BKP

Untuk pengetahuan, tiada permohonan dibuka bagi bantuan ini.

Sebaliknya, data penerima akan disemak oleh KWSP ataupun PERKESO bagi memastikan setiap individu yang layak bakal diberikan bantuan.

Baca juga: Jadual Jangkaan Masuk Duit BPR Fasa 3 – Semak BSN, Maybank, CIMB

Tarikh Bantuan Disalurkan

Bantuan berjumlah RM500 dijangka akan disalurkan pada bulan Oktober 2021.

Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat ini melalui Menteri Kewangan.

Baca juga: Permohonan Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online Sahaja

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, anda boleh rujuk laman web https://www.mof.gov.my/ ataupun https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/ 

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Sebanyak RM500 One-off Bermula Oktober 2021” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!